Brent: OPEC+ Mungkin Campur Tangan

Baca artikel ini di laman web FBS

Apa yang akan berlaku?

Harga Brent jatuh selepas laporan inventori minyak mentah yang lebih rendah dari jangkaan. Biasanya, laporan yang lebih rendah dari jangkaan mendorong harga lebih tinggi, tetapi kali ini perkara yang sebaliknya pula terjadi.

Ia mungkin isyarat kebimbangan pelabur yang semakin meningkat tentang persidangan OPEC+ yang akan datang, di mana bekalan minyak global mungkin akan ditingkatkan. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco menyeru agar bekalan ditingkatkan, memandangkan inventori minyak global menyusut dengan terlalu pantas. Dari sudut pandangan beliau, jika OPEC+ tidak mengubah dasarnya, ia mungkin akan membawa kepada perlanjutan krisis tenaga global. Sekiranya ini yang berlaku, XBR/USD akan meledak dan mencapai $100 tidak lama lagi.

Analisis teknikal

Carta H4

XBRUSDH4.png

Di carta 4H, Brent jatuh melepasi purata bergerak 100 tempoh. Pada masa ini ia mengukuh di antara $81.7 dan $83.3. Harga tempatan tampak sudah terlebih jual (oversold) menurut RSI, itulah sebabnya mengapa kita melihat pullback ke atas ke $84.2 terlebih tdahulu. Garisan rintangan utama adalah purata bergerak 50 tempoh, yang telah mengekang harga sejak pertengahan bulan September 2021. Jika XBR/USD menembusi rintangan ini, ia mungkin akan naik setinggi $85.6 sekali lagi. Jika tidak, jika ia disanggah, ia akan menjadi satu lagi bukti permulaan sebuah downtrend. Sasaran utama untuk pergerakan menurun ialah $81.7 dan $79.5.

Carta mingguan

XBRUSDWeekly.png

Di carta mingguan, situasi yang berlaku pada tahun 2018 berulang kembali. Harga telah melakar 3 paras tertinggi dengan capahan RSI sama seperti yang berlaku sebelum ini. Kemudian, selepas pola itu muncul, harga telah jatuh selama 7 minggu berturut-turut. Persidangan OPEC+ pada 4 Ogos akan menjawab persoalan: “bolehkah analisis teknikal meramalkan masa depan?”

BERDAGANG SEKARANG

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.